Thursday, November 3, 2011

KENAPA HATI PERLU DIJAGA


Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah menerusi ayat 36 surah al-Israa maksudnya:

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Baginda s.a.w. menganggapnya sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya, itulah hati manusia. (Maksud sebahagian hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Paling penting, setiap Muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena virus penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah pada hari kiamat.

Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti di bawah ini:

* Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.
* Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.
* Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.

Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.
Ini ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syu'araa yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera). "
Iaitu sejahtera, bersih dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Apa yang perlu mereka ketahui, ialah bahawa hati manusia terbahagi kepada tiga jenis, satu positif dan dua yang lain adalah negatif, ia terserah kepada manusia Muslim untuk memilih salah satu daripada tiga jenis hati: (a) hati yang sejahtera (daripada segala bentuk khurafat, syirik, bidaah, nifaq), (b) hati yang mati dan (c) hati yang sakit.

Hati yang sejahtera

Iaitu hati yang sejahtera daripada menuruti hawa nafsu serakah yang menyalahi perintah Allah SWT, tidak terjebak dalam perlakuan syirik kepada-Nya, tidak melakukan tindakan yang menyalahi ajaran Rasul-Nya. Ia adalah hati yang sentiasa tunduk kepada kehendak Allah, mencintai-Nya lebih daripada isi dunia, takut kepada seksaan-Nya, rindu untuk menemui-Nya, ikhlas kerana-Nya, mengasihi seseorang Muslim dan membencinya kerana-Nya, sentiasa sokong dan cenderung kepada hukum-hakam- Nya, terselamat daripada jangkitan virus penyakit hati. Inilah hati yang hidup sejahtera, lembut, sedia menerima nasihat.

Hati yang mati

Iaitu hati yang berlawanan dengan hati yang sejahtera 100 peratus, iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum- Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat. Itulah hati yang mati dengan Islam.

Hati yang sakit

Iaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?
Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline.net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1. Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
2. Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3. Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.
4. Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.
5. Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6. Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
7. Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak:

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kaedah rawatan penyakit hati:

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.

Monday, October 31, 2011

Opick-Rapuh with lyrics

lagu pebret sy..lagu nie ade dua maksud..dr segi cinta kpd manusia,dan juga cinta kpd Allah swt.lagu nie juga bleh membawa keinsafan terhadap diri manusia..power of the song!



Hobin Jang Hobin!!

Assalamualaikum wbt..lamo bona x update blog nie eh..nie sumo kwn2 punyo psl den kono bukak blog nie balik..hahahha..apo2 pon den nk ucapkan tahnia kek skuad Negeri Sembilan sbb monang Piala Malaysia 2011...heheheh..kek bwh nie den share kan pic den mo kwn2 den maso poie tgk final kek Stadium Shah Alam..syookk oi..HOBIN JANG HOBIN!Monkey Icon














Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Eidulfitri

http://www.emocutez.com

Assalamualaikum kpd pembaca dan blogger..Di hari yang mulia nie pertama skali sy Hanz ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya selama kite berkawan dan kenalhttp://www.emocutez.com..Sedikit sebanyak hari raya tahun byk mengajar erti kesabaran dan kehidupan.Untuk pengetahuan sume,raya tahun nie bg sy amat tidak bermakna..kerana anak sy yg dikasihi x dpt beraya dgn sayahttp://www.emocutez.com..dpt jumpe pon kejap jer..sbb die pegi beraya dgn mama die..hmmm..so,secara otomatiknye sy tidak mngambil cuti utk pulang ke kampung kerana dah xde semangat sbb satu2 nya org yg paling sy syg xde disisihttp://www.emocutez.com..buat mase nie itu shj yg sy bleh cite..sbb masa terlalu cemburukan sy..Assalamualaikum w.b.t..

Tuesday, August 10, 2010

you & me

Love Myspace Comments


You are friendly, kind and caring
Sensitive, loyal and understanding
Humorous, fun, secure and true
Always there... yes that's you.

Special, accepting, exciting and wise
Truthful and helpful, with honest blue eyes
Confiding, forgiving, cheerful and bright
Yes that's you... not one bit of spite.

You're one of a kind, different from others
Generous, charming, but not one that smothers
Optimistic, thoughtful, happy and game
But not just another... in the long chain.

Appreciative, warm and precious like gold
Our friendship won't tarnish or ever grow old
You'll always be there, I know that is true
I'll always be here... always for you.

[from mizz ayleen]

Thursday, July 29, 2010

DaH malang Dihempap Eskaltor lagi T___T

http://www.emocutez.com
salam kwn2 blogger..hmmm,xde semangat nak tulis ari nie...ntah la org tua kate "malang x berbau" or "sudah malang ditimpa tangga lagi"..lebih kurang mcm u la kene kat aku semalam dgn ari nie..dah la keje blambak..kene mrh dgn bos lg sbb slh wat repot..pastu Si Dia plak mrh aku lg..hmm..bos mrh or org lain mrh aku xde hal..klu Si Dia yg marah,ades...LEMAH JANTUNG aku..mcm2 mane nie kwn2..mcm mane nak pujuk die blik nie..help me..help...help...helppp!!! http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

p/s : mood ari nie : sgt kurang baik ( demam n batuk )http://www.emocutez.com

Sunday, July 25, 2010

Cerita Di Sebalik Lagenda Budak Setan..


assalamualaikum sume kawan2 hanz,
ari nie hanz x menulis sangat..ari nie hanz nak share sebuah lagu yg amat bermakna dlm hidup hanz..lagu nie mmg byk menyentuh hati dan perasaan hanz....kerana.....ade kisah2 didalam filem ini,mmg btul terjadi dlm hidup hanz..hanz xkan lupe pada lagu nie smpai bile2..hanz anggap lagu nie mceritakan sedikit sebanyak tentang kisah hidup hanz..jika orang setia dgn hanz,TUNGGU..hanz akan cerita sume detik2 pahit manis hanz pada u all sume..<<